Mahir Pertanian Pintar Minggu 16
29 April 2026 | Aktiviti TerkiniPada 29 April 2026 (Rabu), telah diadakan kelas NADI Mahir Pertanian Pintar minggu yang ke-16. Kelas Mahir Pertanian Pintar ini telah disertai oleh seorang peserta dari NADI Kampung Jeriah. Kelas diadakan secara atas talian bermula pada pukul 3:00 petang sehingga pukul 4:30 petang.
Untuk kelas minggu yang ke-16 ini, peserta diperkenalkan dengan pengurusan ladang moden dalam konteks pertanian pintar serta hubungannya dengan sistem sokongan pertanian dan keselamatan makanan. Topik ini membincangkan tentang bagaimana pengurusan ladang moden memerlukan pendekatan menyeluruh yang menggabungkan teknologi, pengurusan risiko dan sistem sokongan bagi menghadapi cabaran seperti perubahan iklim, kekurangan sumber dan peningkatan permintaan makanan. Keberkesanan pengurusan ini sangat penting dalam memastikan keselamatan makanan serta kestabilan bekalan makanan negara.
Diharap ilmu yang dikongsi oleh tenaga pengajar dapat dipraktikkan serta dimanfaatkan sepenuhnya oleh para peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: